Akta 446 | Ramai majikan masih sediakan asrama ‘meloyakan’

  • 2 tahun lalu
Sebahagian besar majikan di negara ini masih gagal mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) Mohd Asri Abdul Wahab berkata, setakat ini, hanya kira-kira 40 peratus daripada 48,579 majikan yang diperiksa sejak akta itu dikuatkuasakan pada Februari tahun lepas, mematuhi akta berkenaan.

Disyorkan