Pemanasan Global | Wujud pasukan Renjer Perubahan Iklim Malaysia

  • 2 tahun lalu
Satu kelab pasukan Renjer Perubahan Iklim Malaysia digerakkan bermatlamat meningkatkan kesedaran mengenai kesan pemanasan global dan perubahan iklim di negara ini.

Ikon Ratu Kutub Negara Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, yang juga pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) All Women Empowerment to Accelerate (AWETA), berkata, idea berkenaan tercetus ketika melawat ke kawasan bongkah ais impak akibat pemanasan global menerusi Misi Pelayaran ‘Climate Force 2041’ di Antartika.

Disyorkan