Insiden Laut | Empat pemancing dikhuatiri lemas, ditemui selamat

  • 2 tahun lalu
Empat pemancing ditemui selamat selepas bot yang dinaiki mereka terbalik di Perairan Pulau Tengah, Mersing pada 5 petang Rabu.

Tiada kecederaan dialami mangsa, Faizal Dollah, 43, Mohamad Fairuz Daron, 35, Mohd Rizal Hassan, 34 dan Mohamad Asyraf Ali, 33 tahun, kesemuanya berasal dari Mersing, semasa mereka ditemui.