Kertas Putih | Kaji langkah strategik demi sistem berdaya tahan

  • 2 tahun lalu
Malaysia perlu mengkaji langkah strategik bagi menjamin sistem kesihatan yang lebih lestari serta kalis masa depan.

Ketua Eksekutif, Pusat Galen, Azrul Mohd Khalib berpandangan sudah tiba masanya negara melihat ia sebagai satu pelaburan agar sistem ini dapat menampung pelbagai isu yang kian berbangkit seperti penyakit tidak berjangkit, negara menua, kesihatan mental, serta isu tenaga kerja.