Konvensyen Wanita BN | Wanita BN tonggak parti, ibarat Arteri Aorta

  • 2 tahun lalu
Wanita Barisan Nasional (BN) digambarkan sebagai tonggak dan jentera ulung dalam menggerakkan parti tersebut.

Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peranan wanita BN boleh diibaratkan sebagai Arteri Aorta, iaitu pembuluh darah yang utama dalam badan manusia.

Berucap pada Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita BN, bekas Perdana Menteri itu menambah barisan wanita juga paling setia dalam perjuangan parti.