Buli | Polis terima dua laporan kejadian di MRSM Kuantan

  • 2 tahun lalu
Polis mengesahkan menerima dua laporan berhubung dakwaan kes buli melibatkan pelajar perempuan tingkatan dua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan, yang tular dalam media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata laporan pertama diterima daripada pihak sekolah pada 8 Ogos lepas, manakala ibu kepada pelajar yang mendakwa dibuli itu turut membuat laporan polis pada Jumaat.