China-Taiwan | China keluarkan kertas putih mengenai Taiwan

  • 2 tahun lalu
Pejabat Hal Ehwal Taiwan dan Pejabat Penerangan Dewan Negara China pada Selasa mengeluarkan kertas putih bertajuk “Soal Taiwan dan penyatuan semula China pada era baharu”.

Antara lain, kertas putih itu sekali lagi menekankan bahawa Taiwan merupakan sebahagian daripada Wilayah China, memperlihatkan keazaman serta komitmen kukuh parti komunis China, PKC dan rakyat China untuk mewujudkan penyatuan semula negara.