MAHA 2022 | 26 MoU dimeterai, nilai pelaburan lebih RM5 bilion

  • 2 tahun lalu
26 Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan nilai pelaburan lebih RM5 bilion ditandatangani sejak berlangsungnya Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 pada Khamis lepas.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata pihaknya menyasarkan nilai pelaburan melalui MoU melebihi RM6 bilion sepanjang penganjuran MAHA 2022 yang akan berakhir Ahad ini.

Disyorkan