Korporat | Penganalisis turunkan harga sasaran Hartalega

  • 2 tahun lalu
Firma-firma penyelidikan menurunkan harga sasaran Hartalega Holdings Bhd. selepas menyemak semula unjuran untung bersih syarikat pengeluar sarung tangan getah itu berikutan prestasi kewangan yang mengecewakan pada suku pertama berakhir 30 Jun 2022.

Pada suku berkenaan, untung bersihnya merudum 96 peratus kepada RM88.28 juta daripada RM2.26 bilion yang direkodkan bagi tempoh sama tahun sebelumnya apabila pendapatannya pada suku berkenaan merosot merosot 78.3% kepada RM845.67 juta daripada RM3.9 bilion.

Disyorkan