Operasi Tanpa Lesen | Dua kilang ais di Sandakan diarah tutup

  • 2 tahun lalu
Dua kilang ais kiub yang terletak di bandar Letat dan Pusat Industri Lintas Sibuga diarah tutup pada Rabu, selepas didapati tidak memiliki lesen daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pegawai Kesihatan Sandakan, Dr Johari Awang Besar berkata hasil pemeriksaan mendapati dua kilang itu sudah beroperasi lebih lima tahun dan tidak pernah memohon lesen.