Anti Rasuah | AMAR sebar mesej kepada mahasiswa
  • 2 tahun lalu
Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) bertanggungjawab sebagai rakan strategik kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyampaikan mesej antirasuah kepada golongan mahasiswa di negara ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Norazlan Mohd Razali berkata, tugas menyampaikan mesej antirasuah bukan satu kerja mudah kerana ia melibatkan lebih sejuta pelajar pengajian tinggi di seluruh negara.