Ketegangan China-AS | Malaysia perlu proaktif desak penyelesaian aman

  • 2 tahun lalu
Malaysia perlu terus mengambil langkah berkecuali namun proaktif dalam ketegangan yang berlaku antara China dan Amerika Syarikat.

Dalam hal ini, Penganalisis Politik Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, berkata, Malaysia sebagai anggota negara ASEAN perlu aktif menyuarakan desakan untuk satu penyelesaian secara aman dilakukan.