[TERKINI] Rasuah Kuota Warga Asing | SPRM tahan dua lagi individu

  • 2 tahun lalu
Susulan penahanan lapan individu bagi membantu siasatan kes rasuah bagi mendapatkan kuota pekerja asing di negara ini, SPRM telah menahan reman dua lagi individu hari ini.

Kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30an dan 50an itu masing-masing merupakan ahli perniagaan dan pemilik syarikat agensi pekerjaan telah ditahan kira-kira jam 10 dan 12 malam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.