Sukan Komanwel | Ng Tze Yong watak penting skuad negara

  • 2 tahun lalu
Diletakkan sebagai umpan dalam percaturan mencari kemenangan ke atas India menerusi sasaran realistik 3-2, siapa sangka Ng Tze Yong menjadi pencetus kepada kemenangan lebih awal.

Tatkala Malaysia dilabel sebagai bukan pilihan, langkah pemain muda ini mematikan pencarian mata kedua India menerusi Srikand Kidambi pada Selasa, sememangnya wajar diberikan pujian.