Antilompat Parti | Kelantan teliti semula Enakmen 1991

  • 2 tahun lalu
Kerajaan negeri Kelantan meneliti kembali Enakmen Antilompat Parti 1991 yang pernah digubal dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), sama ada ia masih boleh diguna pakai atau tidak.

Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata ia selepas Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti.