Kesihatan | Keperluan isi kad pengembara dimansuh mulai 1 Ogos

  • 2 tahun lalu
Berkuat kuasa Isnin 1 Ogos 2022, semua pengembara yang memasuki Malaysia tidak perlu mengisi dan melengkapkan ciri-ciri kad pengembara dalam aplikasi MySejahtera.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, kelonggaran ini diputuskan berikutan keadaan sistem kesihatan kini berada pada tahap yang baik dan terkawal selain memudahkan prosedur kemasukan pengembara.