Difitnah jumpa Dr Mahathir, Ismail Sabri saman Lokman Adam
  • 2 years ago
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memfailkan saman terhadap bekas ahli MKT Umno Lokman Noor Adam atas dakwaan memfitnah menerusi akaun media sosial.

Dalam penyataan tuntutan, Naib Presiden Umno itu mendakwa Lokman pada 22 Ogos lepas telah membuat kenyataan-kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu video yang dimuat naik ke empat akaun media sosial Lokman.