Khairuddin nafi 'keluar' Pas
  • 2 tahun lalu
Khairuddin nafi 'keluar' Pas

BERITA SEMASA 7 SEPTEMBER 2022

Bekas AJK Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menjelaskan beliau 'berhenti' daripada Pas dan bukannya 'keluar' daripada parti yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan itu.

Mohd Khairuddin yang merupakan ahli Parlimen Kuala Nerus itu meminta ahli-ahli Pas merujuk semula kepada perlembagaan parti itu mengenai perbezaan 'berhenti' dan 'keluar'.

Menurutnya, beliau akan mendedahkan secara terperinci mengapa keputusan diambil untuk berhenti daripada Pas, termasuk keputusan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Kuala Nerus, dalam masa terdekat.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #Pas #SinarHarian