Polis tahan warga asing biadab

  • 2 tahun lalu
Polis tahan warga asing biadab

BERITA SEMASA 1 SEPTEMBER 2022

Tindakan seorang lelaki menunjukkan isyarat lucah ke arah anggota polis yang sedang bertugas di hadapan pusat beli-belah Lot 10 di Kuala Lumpur membawa padah apabila dia ditahan pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di hadapan pusat beli-belah tersebut sekitar jam 12.15 tengah malam.

Kejadian itu tular di media sosial selepas satu klip video berdurasi 10 saat memaparkan tindakan lelaki itu merakam dirinya sendiri sambil menunjukkan jari tengah ke arah dua anggota polis.

Artikel: https://bit.ly/3B1TD80

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #PDRM #SinarHarian