Kanak-kanak berusia 6 tahun dilarikan perompak

  • 2 tahun lalu
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dilarikan perompak dalam kejadian di Cabang Tiga Kemubu, Kota Bahru pagi tadi.

Mangsa yang berada dalam kereta Proton Exora seorang diri sebelum kenderaan dan mangsa dilarikan perompak kira-kira jam 7.45 pagi.

Difahamkan, ketika itu, ibu mangsa keluar untuk membeli kuih sebelum menghantar mangsa ke tadika di Kemubu.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut kita bersama Muhafandi Muhamad, wakil Astro Awani.