Lebih 10 jam terkandas, 280 warga Thailand akhirnya dibenarkan pulang

  • 2 tahun lalu
Seramai 280 warganegara Thailand yang terkandas di sempadan Wang Kelian-Thailand akhirnya dibenarkan pulang ke negara itu selepas rundingan selama lebih dua jam bersama Gabenor Wilayah Satun berjaya mencapai kata sepakat.

Kesemua mereka yang bekerja sebagai pembantu kedai makan dan nelayan, terkandas di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian, Perlis sejak 6 pagi Sabtu.

Disyorkan