Antara Dua Jendela, karya raya PETRONAS

  • 2 tahun lalu
Mengekalkan tema perayaan ‘Keluarga Unik Kami’ pada tahun ini, petronas mempersembahkan filem web animasi sulungnya, ‘Antara Dua Jendela’ yang menggunakan latar belakang suasana desa yang permai.
Animasi ini menghidupkan karakter dua buah rumah kampung, Uda dan Dara yang saling mencintai, namun menerima cabaran akibat pemiliknya yang seteru. Ia turut mengeruhkan suasana, ditambah lebaran semakin menjelma.
Aspirasi menerusi ‘Antara Dua Jendela’ ini adalah untuk membawa mesej kebahagiaan kepada rakyat Malaysia tatkala berdepan dengan situasi mencabar ketika ini.

Disyorkan