Sijil HSO, RO | Majikan disaran terima salinan

  • 2 tahun lalu
Majikan disaran menerima salinan sijil digital Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dan Perintah Pelepasan Kuarantin (RO) di MySejahtara setelah tempoh isolasi pesakit berakhir.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ia bagi mengelakkan berlakunya kesesakan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC).

Tegasnya, pekerja boleh membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan sekiranya ada majikan yang enggan menerima salinan tersebut.

Disyorkan