Varian Omicron | Kes pertama, tujuh kontak rapat negatif COVID-19

  • 2 tahun lalu
Kes pertama varian Omicron di negara ini serta tujuh kontak rapatnya disahkan negatif COVID-19 selepas menjalani ujian RT-PCR pada Jumaat.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu ciapan di Twitter, tujuh kontak rapat itu termasuk pemandu bas, kakitangan universiti, dua rakan sebilik serta tiga pelajar universiti lain.