Niaga AWANI: Hari Terbuka GLC | Peranan besar GLC dalam pemulihan ekonomi

  • 2 tahun lalu
Hari terbuka syarikat berkaitan kerajaan (GLC) 2022 dijangka menawarkan banyak peluang pekerjaan dan biasiswa kepada rakyat Malaysia oleh beberapa GLC dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, hari terbuka bertemakan "Aspirasi Masyarakat Inspirasi Negara" itu tertumpu kepada lima fokus utama iaitu rakyat, perniagaan, ekonomi, kesihatan awam dan agenda bumiputera.

Tambahnya sejak tahun lalu, Kementerian Kewangan telah memulakan usaha untuk menyelaraskan fungsi glic dan GLC.

Ketua Pakar Ekonomi Malaysia Rating Corp Berhad Firdaos Rosli, menyingkap peranan besar GLC dan glic dalam pemulihan negara pasca pandemic.

Disyorkan