Laporan Khas | Warga asing bebas guna kenderaan tanpa lesen

  • 2 tahun lalu
Ketika negara masih lagi bergelut dengan isu kekurangan pekerja asing yang diperlukan di negara ini, ramai yang mungkin terlepas pandang sebenarnya masih ramai wujudnya warga asing yang sedang menjadikan Malaysia sebagai lubuk rezeki.

Malah sebilangan besar mereka bukan sahaja mampu berniaga di merata tempat malah turut mampu memiliki kenderaan sekalipun mereka sebenarnya dari kalangan pendatang tanpa izin dan juga pelarian UNHCR.

Persoalan timbul, apakah mereka cukup mewah untuk membeli kenderaan secara tunai atau apakah mereka layak memohon pinjaman atau ada dikalangan rakyat tempatan sendiri yang sudi membantu?

Ikuti laporan khas yang disediakan oleh Raja Hisyam Raja Zaid.