Zalim guna Sosma, tahan orang tanpa bicara - Dr Mahathir
  • 2 years ago
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengkritik peruntukan berkaitan penahanan tanpa bicara dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dengan menyifatkannya sebagai zalim.

Dewan Rakyat pada 26 Julai meluluskan lanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Sosma selama lima tahun, antaranya membenarkan polis menahan suspek sehingga 28 hari tanpa pengawasan mahkamah.