Cerita Sebalik Berita: Guru Kemurungan | Realiti atau mitos?

  • 2 tahun lalu
Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kenyataan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang menganggarkan lebih 10,000 guru membuat pilihan bersara awal setiap tahun sejak kebelakangan ini.

Dan semalam, apa yang lebih membimbangkan apabila di negeri melaka sahaja, seramai 648 daripada 13,976 guru dikenal pasti menghadapi tekanan dan kemurungan sepanjang berkhidmat sehingga menyebabkan sebahagian besar daripada mereka mengambil keputusan untuk bersara awal.
Untuk jam ini, saya ingin bawakan Zulfikri Zamir, Pakar Pendidikan untuk memahami bagaimana sebenarnya situasi dalam sektor pendidikan terutama untuk tenaga pengajar ini. Zulfikri, adakah trend persaraan awal golongan guru ini memang angkanya tinggi setiap tahun ataupun ini satu kebimbangan baharu?

Disyorkan