Cerita Sebalik Berita: Impak gangguan bekalan elektrik di fasiliti kesihatan
  • 2 tahun lalu
Hari ini, satu kejadian gempar berlaku apabila beberapa kawasan di Semenanjung termasuk di Lembah Klang berdepan gangguan elektrik mengakibatkan beberapa urusan membabitkan orang ramai tergendala.

Perkongsian orang ramai menerusi ciapan di laman media sosial juga menunjukkan, beberapa pusat beli belah dan pasar raya di ibu negara juga bergelap.
Dan untuk cerita petang ini, pastinya kita membawakan Cerita di Sebalik Berita berkaitan gangguan bekalan eletkrik. Bersama dengan saya untuk jam ini, Fareez Azman wartawan Astro AWANI ada membuat tinjauan di salah sebuah hospital di Lembah Klang.
Disyorkan