Saya terhutang budi dengan Guan Eng, tiada niat reka cerita - Saksi

  • 2 years ago
Seorang saksi utama pendakwaan mendakwa dia amat menghargai bantuan Lim Guan Eng dan tidak akan membuat keterangan palsu terhadapnya.

Pengarah Eksekutif Kanan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, Zarul Ahmad Mohd Zulkifli memberitahu mahkamah, ini kerana dia mendapat Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang atas bantuan Lim.