[TERKINI] TNB sahkan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan
  • 2 tahun lalu
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan.

TNB dalam satu kenyataannya memaklumkan pasukan teknikal kami sedang mengenalpasti punca kejadian.

Tambah kenyataan itu lagi, usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.

TNB memohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini.