Mati Lemas | Remaja lemas di kolam
  • 2 tahun lalu
Seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas mandi manda bersama lima rakan di sebuah kolam di Bandar Baru Kuala Nerus, Terengganu.

Menurut Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Nerus, Azmi Omar pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.59 petang sebelum satu jentera bersama 11 anggota termasuk pegawai digerakkan ke lokasi kejadian.