RMT | KPM bincang dengan MoF, pertimbang naikkan kadar

  • 2 tahun lalu
Kementerian Pendidikan sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk mempertimbangkan cadangan menaikkan kadar Rancangan Makanan Tambahan (RMT), untuk dibawa ke dalam usul Belanjawan 2023.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, perkara itu memerlukan penelitian yang terperinci, kerana mempunyai implikasi yang besar dari segi kewangan sekali gus memaklumkan pihaknya sedang dalam proses untuk menyiapkan kertas untuk dibawa ke peringkat akhir.