Kes Bunuh Suami | Reman wanita, rakan subahat disambung 6 hari

  • 2 tahun lalu
Reman terhadap seorang wanita yang disyaki memukul suaminya sehingga mati serta rakan lelakinya yang bersubahat dalam kejadian di Flat Nipah, Taman Daya di Johor, Jumaat lepas, disambung sehingga Khamis depan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, perintah reman berkenaan dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Dhilip Nair.