[INFOGRAFIK] Purata saiz isi rumah 2020

  • 2 tahun lalu
Kelantan mencatatkan purata saiz isi rumah persendirian paling tinggi iaitu 4.9 orang bagi setiap isi rumah pada 2020.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata ia diikuti sabah (4.7 orang) dan Terengganu (4.1 orang) manakala negeri yang mencatatkan purata saiz isi rumah terendah adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (3.3 orang).

Katanya, sabah mencatatkan penurunan saiz purata yang paling ketara iaitu daripada 5.5 orang pada 2010 kepada 4.7 orang pada 2020.

Banci Malaysia 2020 merekodkan bilangan penduduk Malaysia berjumlah 32.4 juta dengan kadar purata pertumbuhan penduduk tahunan 1.7 peratus bagi tempoh 2010 hingga 2020.