'Saya tengok bentara berdiri 40 minit, tak dihormati langsung!'
  • 2 years ago
Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun hari ini menegur ahli Parlimen pembangkang kerana tidak menghormati bentara Dewan Rakyat yang ditugaskan mengusir ahli parlimen Warisan semalam.

Azhar juga menggesa ahli Parlimen pembangkang merenung kembali kelakuan mereka yang tidak menghormati cokmar diraja yang memberikan kesahihan kepada Parlimen.

Dewan Rakyat tegang semalam selepas usul tergempar untuk membahaskan rampasan aset Petronas oleh pewaris kesultanan Sulu ditolak.

Semasa kekecohan itu, Timbalan Speaker Rashid Hasnon menggantung Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) dan mengarahkan bentara mengusirnya dari dewan.