Banjir Baling | Punca mungkin kerana kolam takungan pecah – KASA

  • 2 tahun lalu
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) tidak menolak kemungkinan kolam takungan yang dibina berdekatan puncak Gunung Inas menjadi punca kepada kejadian banjir dan kepala air di daerah Baling, Kedah baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ia antara beberapa punca yang dikesan hasil kajian awal yang dilaksanakan oleh kementerian tersebut.

Tambah beliau, keadaan itu diperkukuhkan lagi berikutan berlaku peningkatan kadar air antara 0.2 meter dan 3.0 meter di kampung-kampung terlibat.