COVID-19 | Jangan leka, kes sedang meningkat semula

  • 2 tahun lalu
Orang ramai dinasihatkan tidak leka dan mengambil mudah pematuhan SOP kerana kes COVID-19 menunjukkan trend peningkatan di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali memaklumkan, berdasarkan data terbaharu pada sabtu, kes positif menjangkau 5,000 dan kemasukan ke hospital pula mencecah 627.