Sindiket Dadah | 11 ditahan, 141.4kg dadah bernilai RM8.07 juta dirampas

  • 2 tahun lalu
Satu sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah tumpas dengan penahanan 11 individu selain 141.4 kilogram pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM8.07 juta dirampas sekitar Lembah Klang, pada Jumaat lepas.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata kesemua mereka yang ditahan dalam lima serbuan itu berusia 22 hingga 38 tahun .

Mereka terdiri daripada sembilan lelaki tempatan serta seorang lelaki dan wanita warga asing.