[TERKINI] FAM lepas Brad Maloney menerusi persetujuan bersama

  • 2 tahun lalu
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini telah melepaskan ketua jurulatih B-23 kebangsaan, Brad Maloney secara persetujuan bersama oleh kedua-dua belah pihak.

Ia dicapai selepas Maloney, 50, hadir ke mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin di Wisma FAM, Kelana Jaya, pagi tadi bagi membentangkan laporan prestasi pasukan kendaliannya pada Sukan SEA 2021 di Vietnam, Mei lalu dan Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan, Jun lalu.