Geran Khas Tahunan | Sarawak harus dapat setimpal dengan hasil

  • 2 tahun lalu
Sudah tiba masanya Sarawak mendapatkan geran khas tahunan yang setimpal dengan hasil yang dikutip kerajaan Persekutuan daripada negeri itu.

Itu tegas Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah terhadap keputusan meluluskan permohonan menempatkan wakilnya di dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia.

Jelasnya, keputusan itu akan memberi jaminan kepada peruntukkan kewangan lebih adil serta fleksibel mengikut formula dan situasi semasa kewangan negara.