Jiwa SME | Media sosial beri sinar perniagaan kulit lembu bakar

  • 2 tahun lalu
Bukan sahaja tidak dapat memasarkan produk, malah produktiviti pengeluaran juga terbantut.

Itu cabaran yang dialami pengusaha kulit lembu bakar dari Kampung Parit Tengah, Rengit Batu Pahat Johor ketika berdepan fasa pendemik COVID-19.

Manakan tidak, semua pekerjanya yang berasal dari indonesia pulang dan tersekat akibat penutupan sempadan.