[TERKINI] Teman lelaki kepada wanita disyaki hina Islam ditahan

  • 2 tahun lalu
Teman lelaki kepada wanita yang disyaki menghina Islam di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, pada Ahad.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan hari ini berkata lelaki itu direman tiga hari sehingga Rabu (13 Julai) untuk siasatan lanjut.