Digitalisasi | Bantu perniagaan pengurusan perkahwinan

  • 2 tahun lalu
20 tahun lalu, bermodalkan RM6,000 Sahiran Mahalan ambil keputusan menjadi seorang usahawan pengurusan perkahwinan.

Modal yang dipinjam daripada bapanya itu membuahkan hasil apabila dia antara usahawan pengurusan perkahwinan yang berjaya di Sandakan.

Dia berkecimpung dalam perusahaan mikro kecil dan sederhana itu kerana terlalu minat walaupun ketika itu dia masih belajar di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sandakan.

Perkahwinan kakaknya membuka jalan permulaan untuk dirinya membuktikan kemampuan diri.

Disyorkan