Niaga AWANI: Kadar faedah dijangka naik sehingga tahun depan

  • 2 tahun lalu
Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengunjurkan kenaikan 100 mata asas (BPS) dalam Kadar Dasar Semalaman (OPR) untuk tempoh antara separuh kedua 2022 dan separuh pertama tahun depan (2023).

Ketua Ahli Ekonomi Maybank Investment Bank, Suhaimi Ilias, berkata ia berikutan proses dasar monetari akomodatif Bank Negara Malaysia (BNM) yang bermula dengan kenaikan 25 BPS pada Mei.

Beliau menjangka BNM akan mengumumkan 25 mata asas dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) minggu ini dan 25 mata asas lagi menjelang suku keempat 2022 dan 50 mata asas lagi pada separuh pertama 2023.

Disyorkan