Bertanding Pemilihan | Saya tak pernah bincang dengan PM - Annuar Musa

  • 2 tahun lalu
Annuar Musa hari ini menafikan spekulasi yang dibuat sesetengah pihak kononya bahawa dia bersama Perdana Menteri merancang untuk bertanding dalam pemilihan UMNO yang akan datang membabitkan kerusi tertinggi kepimpinan parti tersebut.

Jelas beliau setakat ini tiada sebarang perbincangan pernah diadakan berkenaan perkara itu walaupun mengakui pernah mendengar desas desus tersebut.