Taufan Chaba | Kapal terbelah dua, tenggelam di Laut China Selatan

  • 2 tahun lalu
Helikopter dan pesawat kerajaan Hong Kong dikerahkan selepas sebuah kapal terbelah dua dan tenggelam akibat taufan di Laut China Selatan pada Sabtu.

Daripada kira-kira 30 anak kapal yang cuba menyelamatkan diri dengan keluar dari kapal tersebut, hanya tiga yang berjaya diselamatkan setakat ini, manakala mangsa lain masih belum dikesan.