'Tuduhan penyelewengan dicanang Zahid sengaja wujud persepsi buruk'

  • 2 years ago
Mas Ermieyati Samsudin menyifatkan dakwaan penyelewengan yang dibuat presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebagai "tidak berasas" dan sengaja mahu mencipta persepsi buruk terhadapnya.

Ahli Parlimen Masjid Tanah itu berkata dia pernah menyangkal dakwaan sedemikian sebelum ini semasa kempen pilihan raya negeri Melaka tahun lepas.