[TERKINI] MOSTI tawar 46 penyelesaian teknologi tangani isu sekuriti makanan

  • 2 tahun lalu
Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) menawarkan sebanyak 46 penyelesaian teknologi. daripada jumlah itu, 27 daripadanya dikenalpasti sedia diguna pakai secara meluas untuk membantu negara menangani isu sekuriti makanan bagi penyelesaian jangka masa pendek.

Penyelesaian teknologi yang dikenalpasti terbahagi kepada beberapa kluster iaitu biji benih, biobaja dan baja penggalak, penggunaan dron dan robotik, perkhidmatan ujian dan Aplikasi Internet Kebendaan (IoT), akuakultur serta makanan ternakan.