Ekonomi | Terus salur subsidi untuk stabil harga, elak inflasi tinggi

  • 2 tahun lalu
Kerajaan sanggup menanggung subsidi dalam jumlah besar iaitu sehingga RM77.3 bilion yang diunjur tahun ini bagi menstabilkan harga barang serta mengelakkan kadar inflasi Malaysia daripada melonjak sehingga 11.4 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan mempunyai pilihan untuk menghapuskan subsidi dan mengukuhkan kewangan negara pada paras lebih baik namun memilih untuk terus menanggung subsidi demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Disyorkan